Jun

9

Silakan..silakan..

By nazray

Jemput kenkawan masuk umah baru aku…

jemput ye..masuk,masuk….buat macam umah sendiri ek…

Pada kenkawan dah boleh la kiranya kalau nak edit link aku tuh kat blog korang…

silakan masuk… http://blog.nazripandak.com/

May

23

Last entry?

By nazray

Alhamdulliah,blog yang baru akan dirasmikan sedikit masa lagi.Tak tahu mana VIP yang nak aku jemput unutk potong reben merah.Million thanks especially to Torot and all 3AFR members..tak lupa juga kepada kenkawan yg selalu support aku selama nih.Udey Dublin,Fuad AF,Lan Laga,Awie Wings,Black,James Hetfield,Ronnie James Dio,Pak Lah,Obama,Alex Fergusion dan ramai lagi yang aku tak sebut-you know who you are…..tak lupa juga kepada silent reader,pengomen pengomen(ada ke Kamus Dewan -pengomen?)

Maaf andaikata aku tersilap tulis,terlanjur komen,terlepas kata…ampun maaf ku pohon.Bukannya aku berdendam sampai sudah…marah aku cuma seketika adanya..

Terima kasih tak terhingga kepada blog nih juga..tanpa blog nih,mungkin ramai tak kenal aku.Banyak jasa blog aku nih,aku sayangkan blog nih..tapi apa kan daya.Aku hanya merancang,Allah yang tentukan.

Lastly,yang baik tuh dari Allah..yang buruk tu dari saya seadanya..

Jumpa di lain siaran…

May

22

Pindah..

By nazray

Blog ini akan berpindah.Masa dan tarikh TBC..nantikan transformasi akan berlaku…tunggu…

May

17

Tq..tq..so much..

By nazray

Thanks Captain Nazri(nazri gak) for the b’day present.I know you one of the my silent blog reader out there.For the first time me hold the box,i’m feel it just the only ordinary box becoz  it’s so damn light..then malam tuh aku balik aku terus pengsan.tak sempat bukak pun…ye la..sampai umah pukol 3 pagi.The next morning baru ada chance nak bukak..aduh..speechless..apa yang aku sebut sebelum nih now I owned it.Syukur alhamdulilah..aku betul terharu la plak…

Anyway,pada kenkawan yang lain thanks byk2 juga.Sebenarnya,ucapan hari lahir dah cukup,cukup,cukup buat aku…thanks for my lovely wife gak.I love you.dear..

Next..helmet ada,skg motor plak…kuang kuang kuang…

Perkenalkan kenkawan semua,ni Capt Nazri yang baik hati tuh…yang dok belah kanan seat tu..Capt nih bawak bus..tapi Airbus la..hehehe..thanks Capt!

May

10

Ibu,Ummi,mama….

By nazray

Hari Ibu…pada aku hari ibu adalah hari-hari.Tada hari specific utk hari ibu,hari hari adalah hari ibu.Kalau korang tengok kat sini lain negara lain hari ibunya.Tada agama yang menidakkan pengorbanan ibu,kalau ada cuba bagitau aku..

Seperti yang semua tahu,ibu dan bapa ku dah kembali kerahmatullah.Aku selalu doakan agar roh beliau dihimpunkan kedalam golongan orang yang soleh.Ampun kan dosa mereka ya Allah semasa hayat mereka ya Allah.Sayangi mereka,lindungi mereka ya Allah sepertimana mereka menyanyangi aku sedari kecil.Hindari mereka ya Allah dari seksa-seksa Mu,himpunkan kedalam golongan orang yang soleh,para para sahabat,para ambia.Sesungguhnya Engkaulah yang maha Pengampun Lagi Maha Pengasihani ya Allah.Amin Ya Rabbal Alamin…

9 bulan dia mengandungkan kita ,masa melahirkan sudah tentu mana-mana ibu akan mempataruhkan nyawa mereka .Selepas lahir,kita dijaga bagai menatang minyak yang penuh.Berak kencing dijaga.Dia sekolahkan kita sampai keUniversity,kalau nak sambung belajar tinggi lagi dia biayai kos belajar kita tuh walau beribu ringgit sekali pun.Yang memang dah sedia kaya tuh aku tak heran la…yang duduk kat pondok usang tu?Ibu dah spent banyak duit untuk belajar University oversea,yang dah jadik doctor alhamdulilah yang jadi d octor sendiri..masyAllah..

Sungguh besar pengorbanan ibu..tapi yang aku peliknya,dalam suratkhabar ada pulak yang tendang teranjang ibu.Sampai mintak duit,tak dibagi dihunus pisau kat lehernya…mana pegi kewarasan akal diorang nih.Selalu gak aku dengar ayat ni….”kecik kecik tanak mampus,dah besar menyusahkan orang”..ada benarnya statement nih…

Rasullalah pernah ditanya oleh seorang sahabat.Baginda menyebut 3 kali nama ibu kemudian barulah bapa.Ini menunjukkkan pengorbanan ibu tiada tolok bandingnya.Ibu always comes first.Tapi ada gak yang bagi kat umah orang tua tua,tak boleh nak jaga ibu yang sorang tuh…

Korang fikirkan,jika ibu tak wujud korang ada tak muka bumi ni?Pengorbanan dan jasa ibu ni tak terbalas walau berlonggok emas ,berjuta ringgit sekali pun.Seorang ibu hanya perlukan perhatian dan kasih sayang daripada seorang anak.Basically,bukan wang ringgit yg ibu nih pandang.Korang balik kekampung tiap-tiap bulan then korang bagi RM50 contohnya…aku percaya ibu akan hargai macam kita bagi dia RM500,tak percaya tanya laa.The things is,kita balik kampung itu menunjukkan kita ingat dia..then bila kita hulur duit tuh dia dah menganggap kita kenang jasa dia..Ini sebagai contoh,bukan aku suruh korang bagi RM50 jek..the more the better lah..

Hidup ibarat roda,ada article yang aku baca jika sesorang itu kurang ajar,biadap,maki hamun atau sebagainya kepada ibunya…nescaya 99% possibility anak-anaknya kelak akan buat seperti apa yang anda telah buat pada ibu anda.Itu balasan dosa kat dunia Allah nak tunjuk,kat akhirat?Allahua’lam…Renung-renungkan kenkawan…

Kesimpulannya..kepada yang masih ada ibu…berbaktilah kepada ibu anda.Esok dah terpejam matanya,baru nak sesal itu dan ini…Redha Allah itu datang  dari redha seorang ibu…korang fikirkan apa yang korang buat jika tidak dari keredaan ibu..automatically Allah takan redha.Biar la korang kebulan sekalipun kalau tada keradaan bagai hidup kosong,tada kerahmatan.Itu yang gaji walau RM20k sebulan pun tak cukup cukup..ada jek short..itu salah satu tempias tak redha la.Tak berkat…

.

ini ibu dan bapa mertuaku…walaupun aku hanya menantu,diorang threat aku macam anak kandung sendiri,alhamdulilah…

May

2

Lembu oh lembu…

By nazray

Latih tubi series senyap-senyap-tak-ajak-kenkawan telah berjaya dilaksanakan.Alhamdulliah,walaupun aku anggap kureng berjaya tapi ada gak la gambar 1,2 yg boleh dipanggil gambar.Yang lain hampes…Aku rasa bukan pasal equipment,pasal aku yang handle equpment tu tak tgk manual..hehehe..SU800 kenkadang bagi command kejap kuar flash,kejap tidak.Tahniah kepada SB800 Fly yang bekerja dengan cemerlang dari mula sampai habis.Ko punya flash ada perasap ape?hehehe

SB900 aku manjang jek overheat nya…rasa nak aku campak jek.Tapi sayang ler pulak..hehe..

.

Apr

30

Lamborghini Diablo coming soon…

By nazray

Next photoshoot…

Description…

Lamborghini began developing the Diablo (which translates to “Devil” in English) in 1985 as a replacement for the Countach model, introducing it for sale on January 21, 1990 at a base price of USD $240,000. Power came from a 5.7-litre, 48-valve version of the legendary Lamborghini V12 featuring dual overhead cams and computer-controlled multi-point fuel injection, producing a maximum output of 492 hp (367 kW; 499 PS) and 427 ft·lbf (579 N·m) of torque. The vehicle could reach 60 mph (97 km/h) in slightly over 4 seconds, with a top speed of 202 mph (325 km/h). The Diablo was originally rear-wheel drive and the engine was mid-mounted to aid its weight balance.

Even at over $240,000, the vehicle was somewhat spartan, featuring only basic radio functions (with optional CD playback) along with manual windows, adjustable but unpowered seats and no anti-lock brakes, mostly to minimize the vehicle’s already high curb weight. A few options were available, including having the driver’s seat molded specifically for the buyer, a rear spoiler, a factory fitted luggage set (priced at $2,600) and an exclusive Breguet clock for the dash (priced at $10,500).

Image source from Google Image

Apr

27

F355 Berlinetta

By nazray

Terima kasih kenkawan kerana sanggup panjat bukit untuk Latih Tubi utk kali ini.Tak byk shot kali ini,nak dipublish mungkin gak pasal tak byk selection.Byk gambar yang tak jadi,angle..composition kelaut.Mungkin tak breakfast kot pagi tu…huhuhuh

Memula kuar keta nih memang gempak abis.Tapi,pada tahun 1999 ..Bila dah kuar 360Modena,tahun-tahun berikutnya F430..Scuderia etc jadi keta nih tenggelam dek arus keluaran produksi keta Ferrari ..F355 dah nak masuk kategory lagenda model-model terdahulunya.Apapun,Ferrari is still Ferrari..

Ramai Ferrari owner yang ada latest model masih mau mencari model F355 ni..walaupun dioarang dah jual,tapi masih mahu memilikinya kembali.Kenapa?Diorang anggap model ni lah yang ada ciri ciri “keFerrariannya” kalau nak dibandingkan dgn model model terkini…

Model nih gak byk mengingatkan aku masa gi training kat Maranello,Italy sekitar penghujung 90an.Dan..masa F355 Challange Series dulu dimana aku secara tak langsung terbabit dalam racing dalam kategory F355 seluruh Asia Pacific.Specs utk F355 Challange nih adalah standard tetapi dibenarkan untuk pengubahsuaian hanya utk suspension,exhaust,steering, cluth dan cooling system sahaja.Engine adalah sama dgn apa yang ada pada F355 standard.Sebelum race,setiap kereta akan diperiksa dan di”seal” unutk memastikan engine tidak diubahsuai.F355 Challange diiktiraf FIA.

Ada gambar masa F355 Challange Series tuh tapi kena scan ler pulak…ye la,zaman felem..hehehe..

Gambar lain akan diupload nanti..Insyallah

Apr

24

SOLD!

By nazray

Yabeda bedoo…

Hehehe..terjual juga.Payah gak nak jual,semalam tgh malam aku cargas ke Old Town White Coffee kat Taman Maluri ada buyer nak view.Memang mamat tu hardcore MF lens.Otai.

Selepas nego lebih kurang,selepas harga dipersetujui..dana pun dibagi..aku tak terus gerak.Aku pun bukak cerita la..itu la ini la..Ferrari..Bentley.bla..bla ..model terhangat..bla bla Pak Lah,Najib la.bla.bla Fasha Sandha,Keadilan,Umno,Khairy Jamaludin bla bla..Norman Hakim.Memey bla bla…chit chat duniawi sikit la….sekali dia keluarkan dari bag dia dan bagi test Leica M8.2 dan lens Summiricon(betul ke aku eja nih..)…tergamam gak aku.Aku pun test shot sana sini..abih aku shot..mangkuk,garpu,jam dinding,bangla tgh mop lantai ..waitress tgh angkat tray hehehe..then aku tanya berapa harga….hehehe sambil hembuskan asap rokok,selamba dia jawap…”19ribuuuu body jek”….slow jek aku bagi balik camera brader tu ,aku terdiam sambil sedut straw teh o ais limau aku..

Apr

22

Expired

By nazray

Pukul 4.30 pagi aku bangun hari ni..macam tak bley lena,ada benda aku fikirkan.Tgk live Arsenal dgn Liverpool jap..mata mmg tgk bola tapi kepala melayang pikir benda lain.Tergerak pulak hati aku nak tulis blog.Mungkin pasal masalah blog ni sendiri dicampur tambah dengan benda2 personal lain gamaknya yang buat aku tak lena dan serabut….Aku ada la buat sikit-sikit kerja part time untuk my pocket money,jadi aku banyak fikirkan juga pasal hutang costumer pada aku yang belum dilunaskan.Sakit kepala jika difikirkan jumlahnya jika dihimpun himpunkan..That’s the main thing in my mind actually…tu semua kawan punya hal..agaknya diorang nih tak pikir.Aku ada anakbini nak disuap,ada bill nak disettlekan,keperluan dapur nak dibeli,ada keluarga nak dibawak kesana kemari.Itu semua babitkan wang…

Pasal blog ni pulak….

Asalnya di created oleh seorang kawan,berbayar…sekali lagi,dibayar servicenya.Dah nak genap setahun dah blog aku ni…aku rasa hosting dia pun dah dekat nak expired.Blog ini mungkin akan berpindah.Aku pun malas nak pikir renew ke apa…Disebabkan aku lack pasal bab ni..kenkawan yg terror bab nih ada cadangan?Jgn cerita sini,sms aku…kita ngeteh kat mana2..:-)..Ajar aku mana patut,aku rasa aku tada la bengap sangat nak belajar bende ni kot.Engine Ferrari korang bukak dan leraikan..Insyallah aku boleh pasang satu-persatu..Engine Bentley yang latest tu,yang 99% setting & configuration through computer… aku boleh proggramkan dari tak bole hidup hingga bley jalan macam biasa..statement nih ada angkuh bunyinya tp kenkadang manusia ni kena sedarkan jugak!

Pelik tapi benar,byk kategory kawan…dah 36 tahun aku hidup.macam macam perangai yang aku jumpa.Aku percaya dgn perumpaan Melayu lama tu…Enuff said,kawan ketawa memang ramai…..aku tanak cakap banyak,nanti dosa free pun banyak..Myself also believe between kawan and sahabat ,they’re 2 different words in 2 different  worlds.Mana-mana kitab pun akan tertulis sahabat Rasullalah tak pernah plak aku baca kawan Rasullallah..

For me,I just make it simple….kawan yang repect aku…aku akan respect 10 kali atau mungkin 100kali lebih dari itu…Aku tak suka kawan yang amik advantage dari kebaikan kawan tu sendiri,itu tak elok…What goes around comes around..

Aku nak carik kawan yang ada quality,mencapai tahap ISO dia.Bukan kata aku nak carik kawan kaya je,kawan aku kat kampung Slim River ramai yang menoreh getah ,ramai yang turun sungai tangkap ikan,ramai yang berniaga hasil dari kebun,ramai yang keja ladang estate kelapa sawit ..still kawan aku per…dan aku boleh appriciated diorang…

Kawan yang macam tong kosong tak guna gak…cakap berapi,tapi apa pun tadak…ellllekk…

Lastly,maaf jika entry nih jika ada yang terasa.Simpan lelama pun jiwa parah gak,lebih baik aku luahkan jek.Buat apa nak jaga hati diorang sedangkan hati aku bengkek diorang langsung tak peduli?.Ramai kata aku nih berlembut sangat,tapi ingat..sekali aku dah terkena aku dah tahu hati budi kawan tu…then aku akan pilih betul-betul punya kawan dalam list aku…

Aku Subuh dulu..Insyallah cool lepas tu…